awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro AWANI
Astro AWANI
02/03/2026
04:18 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Mac 2026.
1. MCMC kesan video lama pijak al-Quran tular semula
Berdasarkan siasatan awal, individu terlibat dipercayai merupakan warga Singapura dan kejadian itu juga dipercayai berlaku di Singapura.
2. Malaysia kecam Israel-AS serang Iran, tuntut gencatan senjata tanpa syarat - Anwar
Malaysia mengutuk keras tindakan ketenteraan yang dilancarkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, yang disifatkan sebagai perbuatan biadab, melanggar prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
3. Had 10 tahun PM: Langkah pastikan kuasa diperbaharui secara tertib demi kestabilan
Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun dilihat sebagai satu langkah memperkukuh institusi negara serta menginstitusikan reformasi politik secara lebih tersusun.
4. Kajian pindaan Akta Ibu Kota tidak sentuh kuasa Agong, Raja-Raja - Hannah Yeoh
Kerajaan memberikan jaminan bahawa kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, yang sedang dilaksanakan, tidak akan dibuat secara terburu-buru tanpa mengambil kira sejarah pembentukan Kuala Lumpur serta peruntukan sedia ada.
5. Malaysia perlu bersedia hadapi import lebih mahal susulan konflik Asia Barat - Tengku Zafrul
Malaysia perlu bersedia menghadapi impak seperti import yang lebih mahal susulan konflik di Asia barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6. Malaysia lanjut lesen Lynas selama 10 tahun lagi
Kerajaan melanjutkan lesen operasi syarikat perlombongan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) selama 10 tahun bermula esok hingga 2 Mac 2036, menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Chang Lih Kang.
7. Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi
Kementerian Luar melakukan penyelarasan dengan syarikat penerbangan dan pihak diplomatik untuk membantu jemaah Malaysia yang terjejas akibat pembatalan penerbangan di Arab Saudi berikutan gangguan ruang udara serantau yang semakin meluas.
8. Perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines ke London, Paris beroperasi seperti dijadualkan Malaysia Airlines mengesahkan semua perkhidmatan penerbangannya ke dan dari London serta Paris terus beroperasi seperti dijadualkan.
9. Pelajar hina al-Quran: Tindakan ikut peraturan universiti - Zambry Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina dan mencemarkan al-Quran akan diambil tindakan tegas mengikut peraturan universiti.
10. Pindaan had tempoh 10 tahun PM tidak lulus di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, sekali gus tidak dapat diluluskan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#Dewan Rakyat
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan