Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Mac 2026.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan, tiada sebarang keperluan untuk membuat perubahan drastik terhadap dasar berkaitan harga bahan api domestik.
S.Vikneswaran mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad dan minta dibicarakan.
PN adakan mesyuarat pada 14 Mac ini - Takiyuddin Hassan
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan diadakan pada 14 Mac ini bagi membincangkan beberapa perkara melibatkan pembangkang.
RUU had tempoh jawatan PM boleh diusul semula bila-bila masa
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri boleh dibentangkan semula pada bila-bila masa dalam sidang Parlimen akan datang.
Seorang daripada tiga suspek yang ditahan pada 28 Feb lepas bagi membantu siasatan kes tembak kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, dipercayai mengekori mangsa sejak sebulan lepas.
Hakim mahu perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng selesai selewatnya pada Jun
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi mahu perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng yang kini di peringkat pendakwaan diselesaikan selewat-lewatnya Jun ini.
Sindiket penipuan dalam talian atau scammer mampu melesapkan antara 80 hingga 90 peratus wang simpanan mangsa dalam tempoh hanya tiga hingga 10 minit, menerusi rangkaian akaun keldai yang berlapis-lapis.
Kira-kira 1,600 jemaah umrah Malaysia dilaporkan terkandas di Arab Saudi susulan pembatalan dan gangguan operasi beberapa syarikat penerbangan akibat konflik di Asia Barat ketika ini, kata Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir.
Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah (JED) serta Madinah (MED) buat sementara waktu pada 4-8 Mac 2026, berikutan penggantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Feb 2026 selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan di Asia Barat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

