Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mac 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap beberapa pengumuman khusus untuk rakyat dapat memberikan kemudahan menjelang Aidilfitri.
Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kesan rantaian konflik dan serangan berterusan di Asia Barat menyebabkan kerajaan menanggung tambahan subsidi petrol kira-kira RM2 bilion setiap bulan bagi mengekalkan harga bahan api semasa.
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar undang-undang sedia ada dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang terlibat dalam kes kecurian kabel Transit Aliran Massa (MRT).
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin secara terbuka menyatakan beliau tidak meletakkan apa jua syarat untuk kembali kepada UMNO, apatah lagi mempunyai hajat peribadi atau sebarang permintaan.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini turut mengemukakan surat permohonan bagi kembali menyertai UMNO.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan undang-undang antarabangsa perlu diguna pakai secara konsisten terhadap semua negara untuk mengekalkan kredibilitinya, sambil memberi amaran penguatkuasaan secara terpilih akan menghakis keyakinan terhadap sistem global.
Empat individu yang mengeluarkan kenyataan hingga mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berhubung isu agama dan perkauman akan dituduh di mahkamah berasingan di beberapa lokasi pagi esok, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bagi meneliti isu kenaikan kos penerbangan serta keselamatan jemaah haji Malaysia tahun ini susulan konflik di Asia Barat.
Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini tetap melaksanakan sesi persekolahan seperti biasa, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
