Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mac 2026.
Keseluruhan agihan keuntungan berkenaan berjumlah RM3.22 bilion, yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit TH.
Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana sebarang cabaran membabitkan isu pilihan raya perlu dikemukakan melalui petisyen pilihan raya.
Keputusan mengekalkan kadar berkenaan dibuat bagi memastikan bakal jemaah tidak terbeban dengan peningkatan kos semasa.
Pembayar cukai tidak perlu mengemukakan pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 sekiranya berlaku kesilapan penandaan pada ruangan “cukai ditanggung oleh majikan”.
Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan untuk menghidupkan semula saman RM1.9 juta yang difailkan terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Beberapa individu sedang dikesan bagi siasatan lanjut berkaitan kes khianat dan ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, minggu lalu.
Empat ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tidak bersetuju terhadap tindakan M. Kulasegaran yang bertemu aktivis Arun Doraisamy di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, pada Selasa.
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India bertemu hari ini bagi mencari titik perdamaian dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi kedua-dua komuniti secara baik dan menyeluruh.
Prestasi agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) tertinggi dalam tempoh lapan tahun adalah hasil pembaharuan yang menekankan tatakelola, memperbetulkan asas institusi serta mengembalikan disiplin dan kebertanggungjawaban pengurusan institusi.
10. Konflik Asia Barat: Operasi evakuasi ditangguhkan susulan pembukaan ruang udara di kebanyakan negara
Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat kini ditangguhkan berikutan pembukaan semula ruang udara di kebanyakan negara di rantau itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

