Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mac 2026.
Perkhidmatan tukar duit raya yang semakin mendapat sambutan menjelang Hari Raya Aidilfitri boleh menjurus kepada amalan riba sekiranya dikenakan caj yang tidak menepati syarak.
Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Musim perayaan Aidilfitri bukan sekadar menyaksikan lebuh raya utama negara sesak dengan kenderaan, tetapi turut ‘riuh’ dengan gelagat si bulus, apabila semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membawa kucing peliahara kesayangan pulang beraya di kampung.
Tiga maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Selepong Jinggau, Sri Aman, pagi tadi.
Dalam dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti.
Meskipun sambutan Hari Raya adalah tradisi penting masyarakat Islam negara ini, rakyat disaran mengelakkan pembaziran dan utamakan keperluan asas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal.
Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.
Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung isu subsidi diesel disifatkan tidak mencerminkan keseluruhan fakta ekonomi semasa dan berpotensi mengelirukan rakyat, khususnya ketika kerajaan melaksanakan penstrukturan semula subsidi bahan api.
Pendekatan baharu dalam menetapkan sasaran pingat kontinjen negara pada Sukan SEA 2027 di Malaysia sedang dalam penelitian, kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
