Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Mac 2026.
Sarawak akan menjadi kluster utama dan lokasi upacara pembukaan Sukan SEA 2027.
Pengendali dari Australia itu menegaskan skuad kendaliannya kekal positif walaupun berdepan kontroversi yang melanda arena bola sepak tanah air.
Kedua-dua suspek berkenaan mengaku terlibat dalam kejadian itu dan direman bagi membantu siasatan lanjut.
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau, menegaskan bahawa penangguhan pemilihan parti bukanlah isu baharu, sebaliknya langkah yang dibenarkan di bawah perlembagaan parti demi memastikan kesatuan Gerakan ketika menghadapi pilihan raya.
Bekalan semasa petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dalam negara stabil dan setakat ini tidak berlaku kekurangan seperti didakwa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Anak kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin dijadual hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 6 April ini.
Malaysia tidak berada dalam kategori negara yang berisiko mengalami 'bankrap air' seperti dibimbangkan di peringkat global, sebaliknya masih mempunyai sumber air mentah yang mencukupi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata perkara itu dibincangkan dalam Sidang MKN Khas yang menumpukan perhatian kepada konflik itu, dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan serta prinsip keadilan sejagat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama-sama agensi berkaitan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan konflik geopolitik di Asia Barat serta cuaca panas ketika ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

