Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Mac 2026.
Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal utuh sebagai benteng utama dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan negara selepas melalui lipatan sejarah dan pengorbanan selama lebih dua abad.
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta supaya sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius, selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Malaysia berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz, dalam menghadapi kesan konflik Asia Barat.
Malaysia menzahirkan harapan untuk pelaksanaan segera gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan bagi meredakan ketegangan di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah lengkap dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan syor pertuduhan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak tidak memandang ringan soal keselamatan negara susulan ketegangan global yang semakin memuncak dan konflik berterusan di Asia Barat.
Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 60 sen kepada RM5.15 seliter bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April ini, susulan peningkatan harga minyak global.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan menafikan dakwaan beliau menerima saham bernilai jutaan ringgit daripada seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin, sambil menyifatkan tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan tidak masuk akal.
Siasatan terhadap ahli perniagaan Victor Chin Boon Long yang didakwa terbabit dalam manipulasi korporat berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat dijalankan membabitkan pelbagai agensi berkuasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
