Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Mac 2026.
Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Kampung Belau, di sini, awal pagi tadi.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara antara 2 hingga 2.3 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari puncak bermula 27 hingga 29 Mac ini untuk perjalanan pulang ke ibu kota.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh telah melaksanakan 13 reformasi di ibu negara dalam 100 hari pertama memegang jawatan itu bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan ketelusan pentadbiran.
Pasangan yang melakukan aksi kelucahan melampau di sebuah tanah perkuburan Cina di Pulau Pinang, Ahad lepas dijatuhi hukuman penjara setahun.
Seorang remaja perempuan yang dipercayai ibu kepada rangka bayi ditemukan ditanam di Kelemak di Melaka, antara lima yang direman.
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman empat bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Muhammad Aidil Azahar Rahmat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Iran Masoud Pezeshkian kerana memberikan laluan untuk kapal tangki minyak Malaysia melintasi Selat Hormuz.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini.
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 April ini untuk mendengar rayuan yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama 10 syarikat lain berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak penggunaan satu afidavit dalam permohonan injunksi Mareva terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Kerajaan memutuskan untuk menyelaraskan kelayakan subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI95 kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April, berbanding 300 liter sebelum ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

