Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Mac 2026.
Malaysia menghargai sumbangan Mesir dalam menggesa pihak yang bertelagah ke arah de-eskalasi, dialog serta penghentian segera keganasan di Asia Barat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang penunggang motosikal e-hailing maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya Pantai Baru, Kilometer 3, di sini, pada Khamis.
Proses bedah siasat ke atas mayat pasangan suami isteri yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan kepala terpisah dari badan di di Kampung Belau, Merbok telah selesai.
Beliau menghubungi Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai ketegangan yang meruncing di Asia Barat.
Gesaan dibuat bagi memperkukuh daya tahan organisasi, mengurangkan impak krisis tenaga dan memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.
IRGC umum larangan keras terhadap semua aktiviti perkapalan yang berulang‑alik dari pelabuhan negara sekutu serta penyokong “musuh Israel-Amerika”
Ketua Jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi mengingatkan pasangan negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik supaya tidak terlalu memikirkan soal mahu mempertahankan kejuaraan Badminton Asia (BAC) yang dimenangi mereka, tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan khas ke Jakarta hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Istana Merdeka, di sini.
Bermula Rabu depan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyekat penggunaan kad kredit dan kad debit asing bagi pembelian petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh negara.
Pembangkang menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan implikasi peperangan di Iran terhadap Malaysia dan ekonomi global.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

