awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Bernama
Bernama
01/04/2026
04:58 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 April 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 April 2026.
1. Pemandu mabuk dituduh bunuh penunggang motosikal, berdepan hukuman mati
Kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dipinda kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan dari Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
2. SARA bulanan dikreditkan termasuk kepada 200,000 penerima baharu
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan mula dikreditkan pada Rabu kepada semua penerima yang layak, termasuk 200,000 penerima baharu, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3. Diplomasi panggilan telefon PM Anwar berjaya dapatkan akses selamat di Selat Hormuz
Berilah penghargaan yang sewajarnya. Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan diplomasi panggilan telefon sebagai amalan berterusan - serta mengadakan lawatan ke luar negara - kini mula membuahkan hasil yang ketara.
4. Lima teras utama jadi agenda Musyawarah Nasional - Ahmad Zahid
Lima teras utama meliputi agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial menjadi fokus Musyawarah Nasional dalam menghimpunkan pemikiran, pandangan serta cadangan strategi dalam merangka hala tuju strategik masa depan masyarakat Melayu dan negara.
5. Hasil siasatan isu pemilikan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' akan didedah bila tiba masanya - Fahmi
Hasil siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan 'mafia korporat' dalam suruhanjaya itu akan didedahkan kepada umum apabila tiba masanya.
6. PM jumpa Menteri Besar, Ketua Menteri Khamis teliti ikhtiar tangani krisis tenaga global
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak pada Khamis berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap negara.
7. Konflik Asia Barat: Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi salur maklumat usaha tangani krisis tenaga global
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pusat Arahan Komunikasi bagi menyampaikan maklumat rasmi berkaitan tindak balas terhadap krisis tenaga global dan situasi konflik Asia Barat.
8. Dakwaan kenaikan tarif elektrik tidak benar - TNB
Dakwaan terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April menerusi mesej dan visual palsu tular adalah tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai.
9. Konflik Asia Barat: K'jaan tanggung subsidi RM4 bilion sebulan, ikhtiar pelbagaikan sumber minyak dan gas - PM
Kerajaan akan mempergiatkan usaha menjamin bekalan tenaga negara, yang dilihat agak kritikal, termasuk mengambil langkah mempelbagaikan sumber tenaga import minyak dan gas dari negara lain.
10. Konflik Asia Barat: Dasar bekerja dari rumah untuk sektor kerajaan dan GLC bermula 15 April – PM Anwar
Kerajaan bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi semua kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April 2026.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#subsidi
#tarif elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan