awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran putuskan diplomasi langsung dengan AS susulan ketegangan menjelang tarikh akhir Trump
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Datuk Yahaya Abdullah
Datuk Yahaya Abdullah
07/04/2026
04:33 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 April 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 April 2026.
1. Anak Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
Asnida Daim, anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis perisytiharan harta membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu.
2. Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia akibat kanser
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail meninggal dunia akibat kanser usus awal pagi ini.
3. Seorang maut, beberapa rakan cedera ditetak di Buntong
Seorang maut ditetak manakala beberapa rakannya turut cedera selepas diserang sekumpulan individu dalam kejadian di Buntong.
4. Dua anak lelaki Daim Zainuddin dikenakan waran tangkap
Dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret pada Selasa, selepas gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadapi pertuduhan kes.
5. Rasuah hanya boleh dihapus jika ada kesungguhan politik - Azam Baki
Rasuah di negara ini tidak dapat dibanteras secara berkesan tanpa kepimpinan yang tegas serta ‘political will’ yang jelas dan tidak berkompromi.
6. Saman fitnah terhadap Najib: Dr Dzulkefly tidak tahu pelantikan anak perempuan dalam dua syarikat
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mengetahui mengenai pelantikan anak sulungnya, Nurul Iman, dalam dua syarikat yang didakwa berlaku sebelum dan selepas pelantikannya sebagai menteri.
7. Bekalan tenaga dijamin hingga Mei, namun Jun dijangka cabaran terbesar
Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga yang stabil sehingga akhir Mei, namun Jun dan bulan-bulan seterusnya dijangka menjadi cabaran terbesar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasir pada Selasa.
8. Malaysia zahir penghargaan Iran benarkan kapal negara lalui Selat Hormuz - PM
Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz.
9. Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Dakwaan mengenai permohonan umum bagi tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
10. MADANI Mart bukan penjenamaan semula KR1M, tidak libat dana kerajaan - Yayasan MADANI
Pembukaan MADANI Mart yang dilancarkan pada Jumaat lepas bukan merupakan penjenamaan semula kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta tidak melibatkan sebarang pemberian modal permulaan atau kos operasi daripada kerajaan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#MADANI Mart
#BUDI95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan