awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Bernama
Bernama
08/04/2026
04:05 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 April 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 April 2026.
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kini berada dalam fasa amaran yang serius dan semakin meruncing, namun masih belum di ambang krisis ekonomi penuh susulan ketegangan geopolitik global, khususnya konflik yang memuncak di Asia Barat, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
  • MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka 36 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital melibatkan krisis tenaga global.
  • Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
    Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang menteri daripada rejim Zionis Israel yang memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada 7 April lalu.
  • Bapa rogol dua anak kandung dipenjara 165 tahun, 110 sebatan
    Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun dan 110 sebatan selepas mengaku bersalah merogol dua anak kandungnya.
  • Kes aktivis ganggu ucapan KP SPRM, polis janji segerakan siasatan
    Polis akan menyegerakan siasatan terhadap tiga aktivis yang terbabit dalam insiden mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • Kesan pemulihan mungkin ambil masa hingga bertahun, bekalan tenaga negara dipantau rapi - Fahmi
    Kerajaan kekal komited memberi keutamaan terhadap isu bekalan dalam negara bagi memastikan ia tidak terjejas susulan konflik di Asia Barat.
  • 347 majikan didenda hampir RM6 juta gaji pendatang tanpa izin
  • Sebanyak 347 majikan dikenakan kompaun berjumlah RM5,977,500 bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini selepas didapati menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin.
  • Saman fitnah bukan bertujuan musnah karier politik Najib - Dzulkefly
    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa keputusannya memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan didorong keinginan untuk memusnahkan kerjaya politik bekas perdana menteri itu.
  • Jangan panik, bekalan bahan api di Pulau Pinang masih ada - KPDN
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai agar tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini.
  • 'Masa mesyuarat dengan PM, MB Terengganu tak tanya soalan' - Fahmi kesal Hadi persoal harga minyak
    Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa tiada keperluan Malaysia menaikkan harga minyak.
    Topic Berkaitan
    #berita tempatan
    #berita dalam negara
    #berita hari ini
    #Berita AWANI
    Must-Watch Video
    Cara lain mengikuti berita kami
    Iklan