Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 April 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 April 2026.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) serta pelbagai peralatan lain dengan nilai rampasan dianggarkan RM187 juta, sekali gus membawa kepada penahanan 56 individu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan seorang pemimpin politik yang digelar sebagai ‘ulama’ berhubung kenyataan kenaikan harga bahan api hanya berlaku di Malaysia dan tidak di negara lain.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) serta pelbagai peralatan lain dengan nilai rampasan dianggarkan RM187 juta, sekali gus membawa kepada penahanan 56 individu.
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
Kedua-dua suspek lelaki itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
Seorang pemuda memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bapa suspek penyerang mengaku “darah polis, askar dan institusi kerajaan halal untuk dibunuh”.
Malaysia akan memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pengaman termasuk Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 dalam Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam kes rasuah berkaitan penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat di Perlis.
Ketegangan geopolitik terkini di Asia Barat menyerlahkan keperluan Malaysia untuk memperkukuh keterjaminan dan mempercepat usaha peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor dalam satu kenyataan, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.27 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 9.40 malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

