awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 April 2025.
1. IJN cipta sejarah laksana pemasangan LVAD Paediatrik pertama di Malaysia
Institut Jantung Negara (IJN) mencipta sejarah perubatan negara apabila berjaya melaksanakan prosedur pemasangan Left Ventricular Assist Device (LVAD) Paediatrik pertama di Malaysia.
2. Pertemuan dengan AS: Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan hadapan - Tengku Zafrul
Perbincangan antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer berlangsung dalam suasana positif, dengan fokus diberi terhadap membantu industri dan pengeksport Malaysia.
3. Pembangunan Kuala Lumpur bukan ‘agenda Cina’ usir orang Melayu - PM Anwar
Pembangunan semula kawasan perumahan lama di ibu negara bukan agenda mengusir orang Melayu, sebaliknya, langkah untuk menjamin kehidupan lebih bermaruah kepada rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Siti Nurhaliza tidak merajuk, akan tetap buat persembahan di majlis kerajaan
Beliau tidak merajuk meskipun timbulnya dakwaan beliau membuat persembahan secara berbayar dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Selasa lalu.
5. 'Pak guard' belasah isteri guna pedang samurai gara-gara aplikasi cari kenalan
Mangsa mengalami kecederaan fizikal dan ugutan bunuh, yang memaksanya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri.
6. Lapan individu mengaku salah ugut bunuh, pemerasan serta kurung lelaki
Mereka didakwa bersama-sama menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22.
7. Nancy pertahan kenyataan Ketua Polis Kelantan, data berdasarkan siasatan... bukan andaian
Datuk Seri Nancy Shukri mempertahankan tindakan PDRM dalam mengeluarkan data jenayah seksual dan narkotik di Kelantan, menegaskan ia berdasarkan siasatan rasmi.
8. Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus
Seorang anggota polis putus telinga kiri selepas digigit oleh seorang lelaki warga Afrika yang mengamuk di sebuah klinik di Metro Prima, Kepong.
9. Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari.
10. Penonton final Piala Malaysia dinasihat tidak bawa bahan terlarang
Penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok dinasihatkan tidak membawa masuk barangan terlarang.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan