awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Mei 2025.
1. 5 pemain negara sertai ASEAN All-Stars lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain bola sepak Malaysia dipilih menyertai skuad ASEAN All-Stars untuk aksi menentang Manchester United dalam perlawanan Maybank Challenge Cup yang dijadual berlangsung pada 28 Mei ini, jam 8:30 malam, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
2. ‘Pejabat Rafizi tak pernah dikosongkan’ - Bekas Pegawai Khas Kementerian Ekonomi
Pejabat Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli tidak pernah dikosongkan sewaktu beliau mengambil cuti tempoh hari, menurut bekas Pegawai Khas Kementerian, Najib Bakar, menjawab dakwaan Nurul Izzah Anwar.
3. Diskaun 50 peratus saman trafik sempena PMR Johor
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus sempena Program MADANI Rakyat 2025 Johor yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.
4. 'Tak pernah draf surat letak jawatan, tak mahu bertanding hanya tohmahan' - Rafizi
Rafizi menganggap dakwaan pihak tertentu bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan nombor dua parti itu sebagai tohmahan semata-mata.
5. Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan supaya kuasa tersebut dimansuhkan sepenuhnya bagi mengelakkan parti dibanjiri individu yang hanya mengejar jawatan, namun keputusan masih dalam perbincangan.
6. Kongres PKR 2025: Pengorbanan, perjuangan Rafizi dan Izzah sukar ditandingi - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menerima teguran dan kritikan, serta menerima apa juga pandangan yang disampaikan calon pimpinan pusat, termasuk Datuk Seri Rafizi Ramli sendiri.
7. Nurul Izzah dipilih Timbalan Presiden PKR yang baharu
Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti tahun ini, menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli dengan undian sebanyak 9,803 undi.
8. Kerajaan dicadang gubal Akta TVET - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan menggubal akta itu bagi memastikan gaji graduan TVET selaras dengan kehendak pasaran masa kini.
9. PM pertahan keputusan sambung kontrak Azam Baki
Keputusan kerajaan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dibuat berdasarkan keyakinan terhadap keberanian beliau memerangi rasuah.
10. Armizan nafi Kerajaan MADANI hapuskan subsidi LPG
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali hari ini menafikan dakwaan kononnya Kerajaan MADANI menghapuskan subsidi gas petroleum cecair (LPG) bagi premis makanan menggunakan lebih 42 kilogram (kg) bahan itu.
Topic Berkaitan
#berita tumpuan
#berita penting
#berita pilihan
#berita tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan