awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu nafi dakwaan satu pertiga ahli keluar, parti masih kukuh

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
14/02/2026
06:06 MYT
Bersatu nafi dakwaan satu pertiga ahli keluar, parti masih kukuh
Sri Sanjeevan menegaskan parti itu masih kukuh dan dakwaan berkaitan jumlah ahli keluar adalah tidak berasas serta tidak disokong sebarang bukti sah.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan berlakunya perpecahan besar dalam parti susulan pengumuman kononnya satu pertiga ahli akan meninggalkan parti itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan, menegaskan parti itu masih kukuh dan dakwaan berkaitan jumlah ahli keluar adalah tidak berasas serta tidak disokong sebarang bukti sah.
“Kalau betul ada satu pertiga atau dua pertiga ahli keluar, sila tunjukkan angka dan nama. Setakat ini semua itu hanya cerita tanpa fakta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di sini, hari ini.
Hari ini, Ketua Sayap Bersekutu, Dr Chong Fat Full, mengumumkan keluar daripada Bersatu, selepas mendakwa parti itu sudah hampir 'terkubur'.
Dr Fat Full berkata, keadaan itu susulan kepemimpinan Muhyiddin yang disifatkan mengecewakan akar umbi parti berkenaan.
Beliau bagaimanapun menegaskan tiada keperluan untuk mengemukakan pemakluman rasmi berhubung perkara itu kepada Bersatu.
Dalam pada itu, mengulas tindakan disiplin terhadap 17 pemimpin dan ahli, Sanjeevan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan aduan serta bukti kukuh oleh Lembaga Disiplin dan selari dengan perlembagaan parti.
“Langkah tersebut tidak melemahkan parti, sebaliknya perlu bagi memastikan disiplin dan hala tuju Bersatu terus terpelihara.
“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) hari ini turut membincangkan isu Ketua Pembangkang, namun mandat penuh telah diberikan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menentukan keputusan berkenaan tanpa sebarang senarai pendek calon,” ujarnya lagi.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Sanjeevan menegaskan Hamzah tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan atau locus standi untuk bercakap bagi pihak Bersatu selepas dipecat daripada parti.
“Beliau bukan lagi ahli, bukan lagi Timbalan Presiden. Apa sahaja langkah beliau selepas ini, sama ada menubuhkan parti baharu atau menyertai parti lain, itu hak beliau. Bagi Bersatu, keputusan parti sudah muktamad,” katanya.
Topic Berkaitan
#Krisis Bersatu
#Hamzah Zainudin
#ahli keluar parti
#Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan