awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand undi PM baharu 19 Mac, Anutin dijangka kekal
Lelaki cuba samun kedai emas mati ditembak
Puluhan stesen minyak Australia kehabisan bekalan susulan pembelian panik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu nafi kerjasama dengan PH, pegang prinsip pertahan agama, bangsa, negara - Muhyiddin

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
06:51 MYT
Bersatu nafi kerjasama dengan PH, pegang prinsip pertahan agama, bangsa, negara - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja dimainkan bagi menjejaskan keharmonian dalam parti serta hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu sedang menjalinkan hubungan rapat dengan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja dimainkan bagi menjejaskan keharmonian dalam parti serta hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN).
"Perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi yang menentukan dasar dan hala tuju parti.
"Bersatu mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela kebajikan rakyat.
"Kerjasama Bersatu dengan mana-mana parti lain adalah berpandukan prinsip yang jelas ini," ujar Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Tegasnya, berdasarkan prinsip tersebut, Bersatu mengasaskan PN bersama Pas sebelum disertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan Malaysian Indian People’s Party (MIPP).
"Perikatan Nasional adalah wadah terbaik untuk Bersatu merealisasikan perjuangannya dan parti Bersatu tidak pernah berganjak daripada pendirian ini.
"Fokus Bersatu pada masa ini adalah untuk memperkukuhkan parti dan memperkuatkan PN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#kerjasama parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan