awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2024
03:00 MYT
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Seorang pembantu rumah seolah-olah mengalami 'serangan jantung' apabila melihat penyata bil elektrik yang naik tiga kali ganda berjaya dirakam oleh CCTV. - Foto TikTok/@Alyaninazirah
SHAH ALAM: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pembantu rumah seakan-akan mengalami ‘serangan jantung’ apabila melihat penyata bil elektrik.
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai apabila ramai pengguna menzahirkan penyata bil elektrik mereka meningkat.
Menurut Alyaninazirah atau nama sebenar Nur Alyani Nazirah Amran, 29, dia sama sekali tidak menjangka bahawa bil elektrik naik tiga kali ganda.
“Bukan bibik sahaja yang sakit jantung tengok bil, saya pun terkejut.
“Bulan lalu bil elektrik sekitar RM130 sahaja tetapi bulan ini naik tiga kali ganda sehingga RM400. Macam mana saya tak terkejut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menyedari kenaikan bil elektrik itu, Nur Alyani berkata, dia kerap menggunakan penyaman udara kerana bahang cuaca panas.
Ujarnya, dia memiliki tiga penyaman udara di rumah, namun hanya satu sahaja yang sering digunakan iaitu di ruangan bilik tidur.
“Saya hanya berkongsi momen bibik melihat bil elektrik itu, kerana dia sangat terkejut.
“Saya tak sangka, ramai pengguna TikTok meninggalkan komen bahawa mereka turut mengalami nasib sama sama (bil elektrik naik),” kata wanita yang bekerja sendiri itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok menzahirkan bil elektrik mereka meningkat tiga kali ganda.
“Bil elektrik kita pun melambung. Bulan Februari, dua minggu rumah kosong tiada orang tapi bil lagi tinggi dari bulan sebelumnya.
“Bulan Mac makin melambung tiga kali ganda. Kerja dapat gaji nak bayar bil sahaja,” kata @daisy_white.
Sementara itu, @Sara_hamzah2 berkata, bil elektrik pada bulan April mencecah RM300 tetapi dia tidak mempunyai televisyen, Wireless Local Area Network atau WiFi dan sebagainya, namun hanya ada satu penyaman udara dan ia jarang digunakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serangan jantung
#bil elektrik
#video tular
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan