awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2024
04:15 MYT
Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November
Chegu Bard (kanan) bersama Muhammad Rafique (tengah) ketika keluar dari mahkamah selepas tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada November depan. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin menetapkan 18 hingga 21 November depan sebagai tarikh perbicaraan kes Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard.
Hakim Rasidah Roslee membenarkan perbicaraan kes selama empat hari selepas pihak pendakwaan dan peguam Chegu Bard mencapai persetujuan tarikh tersebut.
Chegu Bard didakwa atas pertuduhan membuat penerbitan menghasut di media sosial berhubung projek kasino di Forest City pada April lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat penerbitan menghasut akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal mewakili pihak pendakwaan manakala Chegu Bard diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.
Sebelum itu, pendakwaan memberitahu akan mengemukakan tujuh saksi antaranya pengadu, pegawai penyiasat dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM).
Sementara itu, dalam sidang akhbar di perkarangan kompleks mahkamah, Muhammad Rafique memberitahu pihaknya masih menunggu tarikh sebutan Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur berhubung rayuan atas keputusan 'gag order' selepas rayuan difailkan pada 27 Mei lalu.
Sebelum ini, mahkamah mengenakan perintah ‘gag order’ iaitu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan terbuka berhubung kes yang sedang dihadapi olehnya sehingga selesai.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah terhadap Chegu Bard agar tidak mengeluarkan kenyataan atau komen berkaitan kes dihadapinya pada 14 Mei lepas manakala Mahkamah Tinggi Johor Bahru turut mengeluarkan perintah sama 20 Mei lepas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Forest City
#kasino
#Che'gu Bard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan