awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bila si bulus ikut balik kampung, netizen turut terhibur

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
20/03/2026
01:20 MYT
Bila si bulus ikut balik kampung, netizen turut terhibur
Tinjauan di media sosial mendapati fenomena ini semakin popular, dengan pemilik berkongsi pengalaman lucu, mencabar dan menyentuh hati sepanjang perjalanan jauh bersama haiwan comel itu. - Gambar Threads
MUSIM perayaan Aidilfitri bukan sekadar menyaksikan lebuh raya utama negara sesak dengan kenderaan, tetapi turut ‘riuh’ dengan gelagat si bulus, apabila semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membawa kucing peliahara kesayangan pulang beraya di kampung.
Tinjauan di media sosial mendapati fenomena ini semakin popular, dengan pemilik berkongsi pengalaman lucu, mencabar dan menyentuh hati sepanjang perjalanan jauh bersama haiwan comel itu.
Seorang pengguna Threads, @/ienaraa_ berkongsi kucingnya sudah biasa mengikuti perjalanan jauh sejak kecil, ke Taiping, Kuala Terengganu, Pahang, Kelantan hingga Melaka.
Menurutnya, si bulus itu sering menjadi copilot kepada ayahnya atau tidur nyenyak di riba ibunya, malah mampu bertahan sehingga lapan jam tanpa sebarang insiden.
Ada pula kisah kucing yang sangat berdisiplin.
Seorang pengguna, @/asmxlizx mendedahkan, kucingnya enggan duduk dalam carrier, namun tetap diam tidak bergerak di tempat duduk belakang sepanjang perjalanan enam hingga tujuh jam dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Lebih mengagumkan, kucing itu tidak membuang air sepanjang perjalanan, tetapi terus mencari tandas sejurus tiba di kampung.
Dalam pada itu, ada juga pemilik yang sudah bersedia dengan pelbagai ‘pelan kecemasan.’
Seorang pengguna, @/azlyaanuar misalnya, mendedahkan, dia sentiasa menyediakan litter box di bahagian belakang kereta serta snek untuk mengelakkan kucingnya bosan ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Namun, pengalaman paling mencuit hati, apabila si bulusnya mengeluh kuat sehingga membuatkan dia menyangka ada masalah besar, rupanya si comel itu hanya penat dengan kesesakan jalan raya.
Tidak semua perjalanan berjalan lancar.
Pun begitu, tidak semua pemilik kucing bernasib baik kerana ada juga yang tidak ketinggalan berhadapan pengalaman mencabar.
Antaranya ialah @/nurulhannahhh yang berkongsi cerita dua kucingnya tidak mampu menahan mabuk perjalanan, seekor muntah, seekor lagi kebingungan.
Akhirnya, kedua-dua kucing peliharaan itu dihantar ke hotel haiwan demi keselamatan dan keselesaan.
Bagi ramai pemilik, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi ahli keluarga.
Ada yang memastikan si bulus turut memakai baju raya sedondon dan duduk di riba sepanjang perjalanan.
Fenomena ini mencerminkan kecenderungan masyarakat Malaysia yang semakin melihat haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga, bukan sekadar peneman.
Dalam hiruk-pikuk perjalanan pulang, gelagat si bulus mengingatkan bahawa “rumah” tidak semestinya tempat, tetapi siapa yang kita bawa bersama.
Sama ada di kampung halaman atau di mana-mana sahaja, kebahagiaan Aidilfitri kadang-kadang hadir dalam bentuk paling sederhana, termasuk seekor kucing yang setia menemani perjalanan jauh.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#si bulus
#balik kampung
#Kucing peliharaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan