awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil

Bernama
Bernama
04/04/2026
12:19 MYT
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Para menteri merujuk kepada levi solidariti yang dikenakan semasa krisis tenaga yang berlaku selepas pencerobohan penuh Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022. - Gambar fail/AP

Menteri kewangan dan ekonomi dari Austria, Jerman, Itali, Portugal dan Sepanyol menekan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk mengenakan cukai keuntungan luar biasa ke atas syarikat tenaga yang meraih keuntungan daripada krisis yang disebabkan oleh konflik Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada hari Sabtu.

Para menteri merujuk kepada levi solidariti yang dikenakan semasa krisis tenaga yang berlaku selepas pencerobohan penuh Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022 dalam surat yang ditujukan kepada Pesuruhjaya Iklim Wopke Hoekstra.

Suruhanjaya sepatutnya memperkenalkan instrumen berskala Kesatuan Eropah (EU) yang serupa dengan asas undang-undang yang kukuh dengan segera, memandangkan gangguan pasaran dan tekanan kewangan semasa, menurut surat itu.

Penyelesaian berskala EU akan menghantar isyarat kepada rakyat dan perniagaan EU bahawa blok itu bersatu dan bertindak bersama untuk memaksa pihak yang meraih keuntungan daripada konflik berkenaan membuat sumbangan mereka bagi meringankan beban.

Hasil kutipan itu sepatutnya digunakan untuk membiayai langkah-langkah meringankan beban pengguna dan mengehadkan kenaikan harga tanpa mengenakan beban tambahan kepada bajet EU, menurut surat itu.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#menteri
#lima negara
#EC
#cukai keuntungan luar biasa
#syarikat tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan