awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu

Bernama
Bernama
16/04/2026
13:27 MYT
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
Pembatalan penerbangan mungkin berlaku tidak lama lagi jika bekalan minyak terus terjejas susulan konflik berterusan di Asia Barat. - Gambar hiasan

Eropah mungkin hanya mempunyai kira-kira enam minggu bekalan bahan api jet sekiranya gangguan bekalan semasa berterusan, kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol pada Khamis, lapor Xinhua.

Birol memberi amaran pembatalan penerbangan mungkin berlaku tidak lama lagi jika bekalan minyak terus terjejas susulan konflik berterusan di Asia Barat, menurut laporan media berbahasa Perancis L'actualite.

Beliau menyifatkan situasi itu berpotensi menjadi krisis tenaga terbesar pernah dihadapi, berpunca daripada gangguan aliran minyak, gas dan sumber penting lain melalui Selat Hormuz.

Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap ekonomi global, kata Birol, sambil memberi amaran bahawa semakin lama gangguan itu berlarutan, semakin serius implikasinya terhadap pertumbuhan ekonomi global dan inflasi.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#IEA
#eropah
#bahan api jet
#gangguan bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan