awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilangan mangsa banjir di PPS Langkawi terus bertambah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/10/2022
14:47 MYT
Bilangan mangsa banjir di PPS Langkawi terus bertambah
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Langkawi terus mencatatkan pertambahan apabila seramai 62 orang dipindahkan berbanding 49 orang yang dicatatkan, semalam. - Gambar fail/BERNAMA
LANGKAWI: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Langkawi terus mencatatkan pertambahan apabila seramai 62 orang dipindahkan berbanding 49 orang yang dicatatkan, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, pertambahan itu dicatatkan sehingga jam 8 malam, di mana kesemua mangsa membabitkan 18 keluarga itu ditempatkan di Dewan Syifa, Padang Matsirat yang dibuka sejak Ahad malam lalu.
Katanya, mangsa terdiri daripada 28 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.
“Kesemua mangsa berada di dalam keadaan baik dan bekalan keperluan seperti makanan, lampin pakai buang, tuala wanita dan kerusi roda bagi golongan uzur mencukupi dan sentiasa ditambah sekiranya berlaku pengurangan.
“Malah kerjasama daripada agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu mangsa sangat proaktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shahfikri berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Teluk Yu, Kampung Sungai Itau, Kampung Kilim, Tanjung Rhu, Kampung Tua, Kampung Pasir Hitam, dan Kampung Telaga Ayer Hangat.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS Langkawi
#Banjir Langkawi
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan