awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang gelombang kedua COVID-19: Sarawak warta Ordinan Kesihatan Awam

Bernama
Bernama
14/05/2020
14:11 MYT
Bimbang gelombang kedua COVID-19: Sarawak warta Ordinan Kesihatan Awam
Sim berkata apa yang dikhuatiri adalah kebangkitan gelombang berikutnya. - Bernama
Kerajaan Sarawak hari ini mewartakan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam yang akan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 9 Jun bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Katanya setelah berjaya meratakan lengkungan semasa gelombang pertama wabak COVID-19, apa yang dikhuatiri adalah kebangkitan gelombang berikutnya, terutama dengan pembukaan semula sektor perniagaan secara beransur-ansur dan kepulangan pelajar Sarawak yang belajar di luar negeri.
"Justeru, Sarawak perlu memperkenalkan beberapa langkah tambahan, dan jika kita tidak mewartakannya (Ordinan), langkah-langkah itu tidak memiliki keabsahan undang-undang. Tindakan ini boleh diambil kerana Sarawak mempunyai autonomi kerajaan tempatan, berbeza dengan negeri lain kerana mereka tidak mempunyai ordinan sendiri," katanya pada sidang media di sini.
Dr Sim berkata sejumlah aduan diterima mengenai individu yang telah mendapat dikenakan perintah kuarantin di rumah dan diwajibkan memakai gelang tangan khas; didapati tetap keluar dari rumah mereka.
"Oleh yang demikian, di bawah ordinan yang diwartakan hari ini, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai gelang tangan khas itu keluar dari rumah mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam
#Sarawak
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan