awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan - Polis
Mat rempit sanggup lawan arus elak kepungan polis
RISDA komited tingkatkan pendapatan pekebun kecil getah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biofuel berasaskan sisa getah perpotensi jadi sumber tenaga baharu negara - Zahid

Faida Rahim
Faida Rahim
19/04/2026
06:38 MYT
Biofuel berasaskan sisa getah perpotensi jadi sumber tenaga baharu negara - Zahid
Ahmad Zahid, berkata cadangan berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Biofuel berasaskan sisa getah kini berada dalam fasa percubaan awal oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif baharu dalam usaha menghadapi krisis tenaga global.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berikutan potensinya untuk dilaksanakan secara pengeluaran besar-besaran, dengan anggaran pengeluaran biofuel mencecah kira-kira 1.5 juta liter sebulan.
"Ketika ini, terdapat sebanyak 19 loji pengeluaran biofuel, meliputi campuran B15 hingga B50, yang akan dimanfaatkan secara bersepadu.
"Pengeluaran biofuel ini menggunakan sludge atau produk sampingan (by-product) minyak sawit mentah (CPO), di mana kira-kira 35 peratus sludge dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan biofuel.
"Usaha ini telah pun dimulakan dan pada dasarnya, MTEN telah menerima saranan tersebut. Seterusnya, penyelarasan akan dilakukan bersama badan-badan berkaitan dan syarikat terlibat bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pasar raya Rissmart Grocer, di Kwasa Damansara pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha RISDA itu diharap dapat membantu dalam jangka panjang untuk menstabilkan harga minyak yang melanda negara ketika ini.
"Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, tiada keraguan terhadap keupayaan biofuel ini, memandangkan ia telah menjalani pelbagai ujian dari segi prestasi dan kesesuaian penggunaan.
"Dalam jangka panjang, inisiatif ini diharap mampu menstabilkan serta menurunkan harga diesel di negara ini.
"Ujian peringkat perintis (pilot test) telah pun dilaksanakan, termasuk ujian oleh Petronas terhadap diesel berasaskan biofuel ini. Selain itu, kerjasama turut dijalinkan dengan beberapa pengeluar kenderaan bagi menguji kesesuaian biodiesel ini dengan kenderaan diesel yang dikeluarkan di negara ini," katanya.
RISDA dalam proses memuktamadkan satu kajian awal berkaitan pembangunan produk biofuel berasaskan sekerap getah, melalui Inisiatif “Green Rubber Fuel” hasil projek rintis kumpulan inovasi “Transformation for New Generation” (TR4NG) di bawah Pejabat RISDA Jajahan Tanah Merah, Kelantan.
Usaha ini dilihat selaras dengan seruan negara untuk beralih kepada tenaga yang lebih hijau, selain penggunaan biodiesel seperti yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir selepas Mesyuarat MTEN minggu lalu.
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#biofuel
#krisis tenaga global
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan