awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BMW Malaysia lancarkan tambah baik model 640i Gran Coupe

Astro Publication
Astro Publication
13/08/2015
08:16 MYT
BMW Malaysia lancarkan tambah baik model 640i Gran Coupe
BMW Malaysia hari ini memperkenalkan model 640i Gran Coupe baharu ke pasaran tempatan. Jika dilihat dari gambar-gambar yang ada di sini, memang mudah untuk menakrifkan model ini – ia adalah model 6 Series (yang diketahui adalah sebuah Coupe 2-pintu) – tetapi dengan empat pintu.
Lengkap dengan pakej M Sport, ia kelihatan lebih hebat berbekalkan apron depan dan belakang serta bampar belakang lebih sporty. Perbezaan paling ketara dari segi ciri-ciri yang ada terletak di dalam kabin yang mempunyai fungsi ‘seatbelt parking’. Bagi penunpang hadapan, ia memastikan tali pinggang keledar tidak terlalu ketat apabila digunakan, dan ia juga digulung kemas kembali dengan bantuan motor elektrik apabila tali pinggang ditanggal.
Di bawah bonet terletaknya enjin EfficientDynamics 3.0-liter 6-silinder sebaris yang menghasilkan 320hp dan tork berjumlah 450Nm. Dengan kuasa ini, pecutan 0-100km/j dapat dicapai dalam masa 5.4 saat manakala kelajuan maksima adalah 250km/j. BMW mendakwa bahawa kadar penggunaan petrol adalah serendah 7.8-liter bagi setiap 100km.
640i Gran Coupe ini juga dipasang dengan sistem ekzos baharu yang mempunyai injap bolehubah untuk pilihan bunyi lebih garang apabila mod ‘Sport’ dipilih. Harga bagi BMW 640i Gran Coupe ini adalah RM788,888 (tanpa insurans, dengan waranti 5 tahun dan servis lima tahun percuma).
Topic Berkaitan
#
# 640i
# Gran Coupe
#BMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan