awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN boleh pikat semula pengundi bandar - Khairy

Bernama
Bernama
17/05/2013
07:55 MYT
BN boleh pikat semula pengundi bandar - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebilangan pengundi bandar yang memilih pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh ditarik semula untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata usaha itu boleh dilakukan dengan menangani isu-isu yang dekat dengan hati mereka.
"Keputusan pilihan raya bukan satu bencana kepada kita (BN). Kita hanya perlu menangani beberapa isu seperti mengapa beberapa pengundi bandar tidak menyokong kita.
"Saya percaya mereka merajuk atau jatuh cinta sekejap kepada janji-janji populis.
"Kita boleh pujuk mereka balik selepas menangani beberapa isu seperti pengangkutan, rasuah dan jenayah di mana semua usaha itu sedang berjalan," katanya pada forum bertajuk 'Pasca PRU13: Menerajui Negara Ke Hadapan', di sini malam ini.
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata persoalan siapa mendapat undi paling popular bukan penting kerana rakyat masih mempunyai keyakinan terhadap kerajaan pimpinan BN dan enggan menjadi mangsa kepada janji-janji populis pembangkang.
Topic Berkaitan
#BN
#Khairy Jamaluddin
#pasca
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan