awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tubuh makmal politik

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/06/2013
23:53 MYT
BN tubuh makmal politik
Barisan Nasional akan menubuhkan sebuah makmal politik bulan depan bagi memberi cadangan terhadap penambahbaikkan gabungan parti itu.
Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara lain penubuhan makmal itu bagi memastikan gabungan itu membuat pertimbangan tepat.
Jelasnya makmal politik itu ditubuhkan selepas mengambil kira lanskap politik semasa dan keputusan pilihanraya umum lalu.
"Ia lebih kepada masa depan BN dan mengambil kira keadaan politik semasa dan juga pemerhatian,"
"Prestasi BN pada pilihan raya umum lalu juga diambil kira, samada ia melibatkan perubahan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya,"
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk Seri M Kayveas.
Tambah Najib, makmal itu juga akan meneliti cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal.
Makmal itu akan dianggotai tiga wakil daripada setiap parti komponen BN dan turut melibatkan wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tokoh terkenal dan golongan belia.
Jelasnya makmal berkenaan akan diselia Jawatankuasa Pengurusan dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada pilihanraya umum lalu,Barisan Nasional terus mentadbir negara setelah menang dengan majoriti mudah.
BN memenangi 133 kerusi Parlimen berbandingan Pakatan Rakyat yang hanya mendapat 89 kerusi parlimen.
Jumlah kerusi itu bagaimanapun menurun berbanding pilihanraya umum 2008 dimana Barisan Nasional mendapat 140 kerusi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan