awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM keluar duit syiling peringatan sempena APEC 2020

Bernama
Bernama
20/11/2020
21:18 MYT
BNM keluar duit syiling peringatan sempena APEC 2020
Spesifikasi kedua-dua duit syiling peringatan itu adalah Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf) dan Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U). - Foto BNM
KUALA LUMPUR:Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 (APEC 2020) di Malaysia.
Menurut kenyataan bank pusat itu, duit syiling tersebut telah dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC semalam.
Spesifikasi kedua-dua duit syiling peringatan itu adalah Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf) dan Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U).
Syiling Peringatan Perak itu diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9, berat setiap keping ialah 31.1 gram manakala nilai muka duit syiling itu adalah RM10 dan akan dijual pada harga RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping telah ditempa.
Menurut BNM, Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU) pula dalam kemasan tanpa kilat yang diperbuat terutamanya menggunakan tembaga, berat setiap keping ialah 8.5 gram manakala nilai muka duit syiling ini ialah RM1 yang akan dijual pada harga RM13.20 sekeping dengan 15,000 keping telah ditempa.
"Terdapat 750 set duit syiling peringatan dua dalam satu untuk jualan iaitu masing-masing satu duit syiling perak pruf berwarna dan duit syiling emas Nordic pruf pada harga RM308," kata BNM.
Dari segi reka bentuk, duit syiling ini ditempa dengan dua teknik permukaan berbeza menggunakan teknologi laser canggih dan 'digital frosting' bagi menghasilkan kesan pelangi.
"Bagi memberi peluang sama rata untuk orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap pembeli dihadkan hanya satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum sehingga lima duit syiling emas Nordic (B.U).
"Sekiranya terdapat tempahan berlebihan, cabutan akan dibuat bagi menentukan tempahan yang berjaya," katanya.
Pengumuman mengenai tempahan, pembayaran dan pengambilan akan dibuat dalam masa terdekat, kata BNM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#duit syiling peringatan
#duit syiling
#BNM
#Bank Negara Malaysia
#APEC
#logam
#Mesyuarat Pemimpin Ekonomi
#tempahan
#cabutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan