awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh mohon pas sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/05/2024
06:10 MYT
Boleh mohon pas sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan
Nik Akhtar Ulhaq (berdiri, kiri) beramah mesra dengan tetamu semasa Rumah Terbuka Aidilfitri JIM Kelantan di Kota Bharu pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Penduduk Kelantan kini boleh menarik nafas lega apabila permohonan pas sempadan boleh dibuat di Kompleks Imigresen Kelantan di sini.
Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, Nik Akhtar Ulhaq Nik Abdul Rahman berkata, ia dapat mengurangkan kesesakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu termasuk pejabat agensi itu di pintu sempadan Malaysia-Thailand.
"Sebenarnya kami sudah beroperasi di sini sejak 17 Mac lalu.
"Operasi di sini melibatkan hari bekerja sahaja bermula 8 pagi hingga 4 petang kecuali Khamis separuh hari serta tutup pada Jumaat dan Sabtu," katanya ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Aidilfitri JIM Kelantan di sini, pada Rabu.
Menurut beliau, setiap bulan JIM Kelantan mengeluarkan 15,000 pas sempadan kepada penduduk di negeri ini.
Ujarnya, JIM Kelantan memberi jaminan bekalan buku untuk pas sempadan mencukupi dan mampu menampung permintaan pengguna.
Nik Akhtar Ulhaq memberitahu, berpandukan statistik, permintaan terhadap pas sempadan meningkat pada musim cuti umum serta perayaan.
Beliau berkata, selain itu urusan permohonan pasport di premis itu sedang diusahakan oleh pihaknya untuk memudahkan orang ramai.
"Ia juga antara usaha untuk mengurangkan kesesakan di UTC," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penduduk Kelantan
#pas sempadan
#Imigresen
#sempadan Malaysia-Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan