awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba berjaya pujuk OKU cuba cederakan diri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/11/2023
00:20 MYT
Bomba berjaya pujuk OKU cuba cederakan diri
Mangsa berjaya dipujuk dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM Perak
TAIPING: Anggota bomba berjaya memujuk seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dipercayai cuba mencederakan diri di dalam sebuah bilik di Taman Long Jaafar, di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.45 pagi.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping yang tiba dilokasi pada 1.53 pagi mendapati seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga pesakit psikiatri cuba mencederakan diri menggunakan pisau di dalam bilik.
“Mangsa berjaya dipujuk dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Sudin tamat jam 2.54 pagi.

*Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi. Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma.
Topic Berkaitan
#OKU
#cederakan diri
#JBPM
#pesakit psikiatri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan