awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan anggota polis dipatuk ular

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/11/2021
04:33 MYT
Bomba selamatkan anggota polis dipatuk ular
Mangsa yang berada dalam keadaan stabil dibawa keluar dari kawasan hutan dan dihantar ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut. - Foto JBPM Kedah
SIK: Seorang anggota polis nyaris maut selepas dipatuk ular kapak di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, dekat sini, pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 petang.
Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, dibantu lima pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan dua anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Huluc, ditugaskan menyertai operasi itu.
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah, mangsa merupakan anggota polis dari PGA Batalion 18 berusia 38 tahun.
"Dia dipercayai dipatuk ular ketika menjalankan operasi tugas dalam hutan berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, Ketua Operasi PGA memaklumkan, mangsa tidak dapat dibawa turun oleh rakan-rakan disebabkan faktor muka bumi yang bercerun serta berbukit.
"Keadaan itu menyukarkan mangsa untuk dibawa turun, membuatkan mereka memerlukan bantuan anggota bomba," katanya.
Beliau menjelaskan, anggaran ketinggian mangsa ketika itu berada pada paras 500 meter dari aras laut.
Katanya, pada jam 6.40 petang, komander operasi bersama-sama anggota bomba, Perhilitan dan PGA memulakan operasi naik ke lokasi mangsa.
"Pihak bomba dimaklumkan, tiada liputan radio komunikasi mahupun telefon mudah alih di lokasi dan balai kawalan BBP Sik kemudian membuat aduan ke pihak telekomunikasi SAPURA untuk tindakan lanjut.
"Dan pada jam 10 malam, pasukan penyelamat memaklumkan sampai di lokasi. Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan PGA," katanya.
Mohamadul Ehsan berkata, perhubungan antara pasukan penyelamat dan PGA ketika itu menggunakan telefon satelit PGA.
Mangsa berada dalam keadaan stabil dan kemudiannya selamat untuk dibawa turun.
Anggota polis itu dihantar ke Hospital Sik dengan menaiki jentera EMRS BBP Sik bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Mangsa dilaporkan terkena patukan ular berkenaan di tangan kanan dan dilaporkan selamat," katanya.
Topic Berkaitan
#polis dipatuk ular
#bomba
#operasi tugas
#hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan