awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Terengganu gerakkan lebih 70 anggota PPDA pada musim tengkujuh

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/10/2021
02:00 MYT
Bomba Terengganu gerakkan lebih 70 anggota PPDA pada musim tengkujuh
Md Hilman berkata pelbagai latihan perlu dilalui bagi memantapkan kemahiran dan kecergasan pasukan berkenaan. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Peralihan monsun timur laut Jabatan bomba dan penyelamat Terengganu akan menggerakkan lebih 70 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bagi menghadapi pelbagai situasi luar jangka termasuk lemas dan sebagainya.
Justeru itu mereka perlu memastikan tahap kesihatan dan kecergasan berada pada paras terbaik bagi melakukan operasi menyelamat mangsa lemas di sungai, tasik mahupun di laut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata menerusi itu pelbagai latihan perlu dilalui bagi memantapkan kemahiran dan kecergasan pasukan berkenaan.
Katanya latihan itu penting bagi membolehkan mereka sentiasa cergas dalam mengendalikan setiap operasi termasuk bencana banjir yang dijangka melanda tidak lama lagi.
"Pasukan penyelamat terdedah dengan pelbagai risiko jadi mereka perlu hendaklah sentiasa cergas apatah lagi kalau unit PPDA sentiasa mengikuti latihan fizikal.
"Dan memasuki musim Monsun Timur Laut ini, kita telah melalui empat latihan khusus penyelamatan di air termasuk pengendalian bot dan penyelamatan di permukaan dan bawah air," katanya.
Beliau berkata sebagai satu daripada unit penting dalam pasukan bomba mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko ketika melakukan penyelamatan di dalam air.
Katanya pasukan PPDA turut menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan mereka sentiasa sihat dan cergas untuk menghadapi sebarang kemungkinan serta bencana.
Pasukan Penyelamat di Air merupakan satu daripada unit penting dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Topic Berkaitan
#PPDA
#Balai Bomba dan Penyelamat
#monsun
#Mohd Hilman Abd Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan