awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Terengganu pantau 17 kawasan berisiko berlaku bencana kepala air

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/09/2021
04:15 MYT
Bomba Terengganu pantau 17 kawasan berisiko berlaku bencana kepala air
Pemantauan secara berkala itu bertujuan mengelak sebarang kejadian buruk membabitkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. - Gambar hiasan
DUNGUN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan memantau 17 pusat peranginan dan perkelahan yang berisiko berlaku bencana kepala air.
Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, semua lokasi terbabit adalah kawasan air terjun dan sungai yang sering dikunjungi orang ramai bagi aktiviti berkelah dan bermandi-manda.
Menurut Md Hilman, pemantauan secara berkala itu bertujuan mengelak sebarang kejadian buruk membabitkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Di Besut, kita ada empat kawasan air terjun, seperti Air Terjun Lata Tembakah, di Setiu ada dua, di Hulu Terengganu ada lima, di Dungun ada tiga dan juga di Kemaman ada tiga.
"Jadi kawasan-kawasan ini kita sentiasa membuat pemantuan dari masa ke semasa bagi memastikan tindakan menyelamat dapat dilakukan dengan cepat sekiranya ada kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.
Menurut Hilman, sebanyak 52 kes lemas di kawasan lata dan air terjun direkodkan sejak 2018 dengan sembilan kes lemas berlaku pada tahun ini.
Sehubungan itu, orang ramai disaran agar tidak melakukan aktiviti di kawasan air terjun dan sungai berikutan negeri Terengganu kini telah memasuki fasa awal musim tengkujuh.
Topic Berkaitan
#kepala air
#bomba
#bencana
#musim tengkujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan