awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pengarah IPTA bergelar Datuk ditahan SPRM, disyaki salah guna RM1 juta
Google perketat dasar carian, sasar amalan 'back‑button hijacking'
Konflik Asia Barat: Pakistan laksana catuan elektrik kekang kos tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Booking.com sahkan kebocoran data, maklumat pelanggan diakses penggodam

Bernama
Bernama
15/04/2026
03:56 MYT
Booking.com sahkan kebocoran data, maklumat pelanggan diakses penggodam
Menurut syarikat itu, data yang telah diakses termasuk nama, alamat emel, nombor telefon serta butiran tempahan, selain maklumat lain yang mungkin dikongsi pengguna dengan pihak penginapan berkaitan tempahan berkenaan. -Gambar fail
Platform tempahan hotel dan percutian, Booking.com, mengesahkan berlakunya kebocoran data selepas penggodam memperoleh akses tidak sah kepada sebahagian maklumat pelanggan dalam satu insiden keselamatan siber baru-baru ini, lapor Amanz.
Menurut syarikat itu, data yang telah diakses termasuk nama, alamat emel, nombor telefon serta butiran tempahan, selain maklumat lain yang mungkin dikongsi pengguna dengan pihak penginapan berkaitan tempahan berkenaan.
Bagaimanapun, Booking.com menegaskan bahawa maklumat kewangan pengguna tidak terjejas dalam insiden tersebut.
Syarikat itu juga tidak mendedahkan jumlah sebenar pelanggan yang terkesan.
Booking.com memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan segera bagi mengawal keadaan, termasuk mengemas kini nombor PIN untuk tempahan terlibat serta memaklumkan pengguna yang terbabit mengenai potensi risiko keselamatan.
Sementara itu, pakar keselamatan siber memberi amaran bahawa maklumat yang terdedah berisiko disalahgunakan untuk serangan siber dan penipuan terancang, termasuk mesej palsu yang menyamar sebagai wakil rasmi Booking.com.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang komunikasi mencurigakan, terutamanya yang meminta maklumat peribadi tambahan atau melibatkan transaksi kewangan, serta mengesahkan sebarang komunikasi melalui saluran rasmi syarikat.
Topic Berkaitan
#Booking.com
#kebocoran data
#keselamatan siber
#penggodam
#penipuan dalam talian
#pelancongan digital
#perlindungan data
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan