awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Pakistan laksana catuan elektrik kekang kos tenaga

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
10:32 MYT
Konflik Asia Barat: Pakistan laksana catuan elektrik kekang kos tenaga
Kementerian Tenaga (Bahagian Kuasa) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa penggantungan bekalan itu akan dilaksanakan secara bergilir-gilir di seluruh negara antara 5 petang hingga 1 pagi. -Gambar fail/Adobe Stock Photo
Kerajaan Pakistan mengumumkan pelaksanaan catuan bekalan elektrik terancang selama kira-kira dua jam 15 minit setiap petang sebagai langkah mengawal lonjakan kos tenaga susulan konflik yang menjejaskan pasaran minyak di Asia Barat.
Kementerian Tenaga (Bahagian Kuasa) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa penggantungan bekalan itu akan dilaksanakan secara bergilir-gilir di seluruh negara antara 5 petang hingga 1 pagi.
Langkah berkenaan bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api mahal seperti minyak relau (furnace oil) pada waktu puncak, ketika permintaan meningkat dan penjanaan kuasa hidro berkurangan.
Pihak berkuasa berkata, strategi pengurusan beban waktu puncak itu mampu mengelakkan kenaikan tarif elektrik sekitar tiga rupee (kira-kira 4 sen) bagi setiap unit.
Tanpa langkah tersebut, pengguna berdepan risiko kenaikan harga sehingga enam rupee (kira-kira 8 sen) bagi setiap unit, susulan gangguan bekalan gas asli cecair dari Qatar serta ketidaktentuan pasaran tenaga global.
Bagaimanapun, bandar-bandar utama di wilayah selatan seperti Karachi dan Hyderabad dikecualikan daripada pemotongan berikutan ketersediaan penjanaan kuasa kos rendah di kawasan berkenaan.
Selain gangguan terancang, kerajaan turut memperkenalkan langkah penjimatan tenaga lain termasuk arahan penutupan awal premis perniagaan, pusat beli-belah dan restoran bagi mengurangkan beban ke atas grid nasional.
Situasi tenaga Pakistan semakin mencabar selepas laluan bekalan melalui Selat Hormuz terjejas akibat peperangan antara Amerika Syarikat–Israel dan Iran yang tercetus sejak 28 Februari.
Krisis itu melonjakkan kos pengangkutan serta insurans kapal tangki, sekali gus mendorong Islamabad merangka pelan luar jangka bagi menghadapi musim panas yang bakal tiba.
Topic Berkaitan
#Pakistan
#catuan bekalan elektrik
#krisis tenaga global
#Selat Hormuz
#konflik Asia Barat
#tarif elektrik
#bahan api minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan