awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: 6 termasuk kanak-kanak lemas di Sungai Serusup

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
13/03/2016
03:31 MYT
Bot karam: 6 termasuk kanak-kanak lemas di Sungai Serusup
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan. -Foto Astro AWANI
Enam penumpang termasuk seorang kanak-kanak lemas selepas bot yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot lain di Sungai Serusup, Penimbawan, pada Sabtu malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan.
Kesemua mangsa yang meninggal dunia dilapor berasal dari Kampung Serusup.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Penimbawan untuk menghadiri majlis kenduri.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Wong Vun Chong, Salomah Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnam dan Nurul Azda.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led, berkata hingga jam 8 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kerana jumlah sebenar penumpang kedua-dua bot berkenaan belum dapat dipastikan.
Operasi sar dijalankan sepasukan anggota dari balai bomba dan penyelamat tuaran dengan bantuan 14 anggota pasukan penyelamatan di air (PPDA).
Topic Berkaitan
#bot berlanggar
#bot karam
#bot penumpang
#Norkasih Salim
#penimbawan
#Salomah Maid
#Wong Vun Chong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan