awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar
Microsoft sifatkan Copilot sebagai alat hiburan, bukan untuk nasihat penting
TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/01/2024
04:00 MYT
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM. - Astro AWANI
KUALA KANGSAR: Mayat pemancing yang hilang ketika melakukan aktiviti memancing di Empangan Chenderoh di Kampung Chenderoh, di sini, petang Jumaat ditemui pagi Ahad.
Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa, Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Menurutnya, lokasi mangsa dijumpai lebih kurang 500 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).
“Mangsa telah dibawa oleh pasukan PPDA dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada Jumaat, pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.32 petang berhubung kejadian sebuah bot karam dilanda ribut ketika dua mangsa melakukan aktiviti memancing.
Terdapat dua mangsa, seorang daripadanya berjaya diselamatkan oleh pemancing lain yang berdekatan dengan mereka, manakala seorang lagi telah lemas.
Operasi yang disambung semula jam 8 pagi ini membabitkan kekuatan anggota seramai 54 orang.
Ia merangkumi JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, nelayan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Topic Berkaitan
#bot karam
#Memancing
#lemas
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan