awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
22/06/2024
03:20 MYT
Bot karam: Empat nelayan hilang, seorang selamat
Op CARILAMAT bagi empat lagi kru bot nelayan yang masih belum ditemui diperluaskan dengan penambahan radius kawasan pencarian kepada 23 batu nautika persegi. - Foto Maritim Malaysia
BATU PAHAT: Empat kru bot nelayan hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka tenggelam di perairan Tanjung Segenting Batu Pahat, di sini sekitar jam 6 pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam memaklumkan bahawa terdapat bot nelayan tempatan tenggelam di posisi kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, di sini.
Katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op CARILAMAT).
"Menurut maklumat awal kejadian, bot nelayan itu dinaiki lima orang kru yang berumur diantara 43 hingga 62 tahun dan merupakan rakyat tempatan.
"Kesemua kru nelayan telah keluar ke laut untuk memukat ikan. Keadaan cuaca yang buruk dan ombak besar telah menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam.
"Sejurus menerima maklumat, MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan Op CARILAMAT pada pukul 9 pagi dan Bot Penggalang 30 dari Zon Maritim Batu Pahat telah diatur gerak ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Haniff, ketika di lokasi, bot nelayan tersebut kelihatan hampir tenggelam sepenuhnya.
"Seorang mangsa, Tan Siak Bin, 43, telah ditemui dan diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran dan diserahkan kepada Bot Penggalang 30 untuk dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail.
"Op CARILAMAT bagi empat lagi kru bot nelayan yang masih belum ditemui diperluaskan dengan penambahan radius kawasan pencarian kepada 23 batu nautika persegi.
"Selain aset dari Maritim Malaysia, aset dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut terlibat dalam operasi pada hari ini.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999," katanya.
Topic Berkaitan
#bot karam
#nelayan
#Op Carilamat
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan