awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Boy Tiger', ibu budak lelaki mangsa dera dicari untuk bantu siasatan

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2018
06:58 MYT
'Boy Tiger', ibu budak lelaki mangsa dera dicari untuk bantu siasatan
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan. -Gambar hiasan
Ibu kandung dan bapa tiri seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital di Ampang semalam diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Ismail kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan.
Tambahnya, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ibu kandung dan bapa tirinya ke jabatan kecemasan hospital berkenaan pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang berusia dalam lingkungan 20- dan 40-an itu menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.
Satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan hospital berkenaan selepas mendapati terdapat unsur deraan terhadap mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata kedua-dua ibu kandung dan bapa tiri mangsa dikenali sebagai Noraini Samian, 20, dan Khairul Izaini Khairuddin, 31.
"Ibu kandung mangsa dan bapa tirinya yang turut dikenali sebagai 'Boy Tiger' menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital semalam dengan sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna kuning," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Ampang
#bapatiri
#dera
#ibubapa
#jenayah
#kejam
#PDRM
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan