awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brunei sasar lebih dua juta penumpang udara menjelang 2030

Bernama
Bernama
28/03/2026
09:03 MYT
Brunei sasar lebih dua juta penumpang udara menjelang 2030
Brunei sedang meneroka kemungkinan mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. - Skytrax
Brunei menyasarkan untuk meningkatkan trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kepada lebih dua juta orang dan mengendalikan 38,000 tan kargo udara menjelang 2030, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.
Menurut Buletin Borneo, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Pengiran Shamhary Pengiran Haji Mustapha berkata pada Khamis sasaran itu digariskan dalam pelan strategik kementerian untuk memperkukuh sektor penerbangan negara.
Beliau menyatakan bahawa inisiatif itu adalah sebahagian usaha untuk menambah baik ketersambungan, meningkatkan keupayaan logistik dan menyokong pertumbuhan ekonomi menerusi industri penerbangan.
Pengiran Shamhary juga berkata Brunei sedang meneroka kemungkinan mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Di samping itu, kerajaan sedang mengkaji pengkorporatan langkah kawalan atau pengurusan di lapangan terbang antarabangsa.
Pendekatan yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi, kualiti perkhidmatan dan daya saing keseluruhan lapangan terbang.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Brunei
#penumpang udara
#trafik penumpang
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan