awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Watikah pencalonan tidak akan ditandatangani jika cabang PKR lemah - Anwar
KPM teliti pematuhan SOP susulan kes dua pelajar IPG lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSMM gesa semua pihak hormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa

Bernama
Bernama
09/03/2026
08:46 MYT
BSMM gesa semua pihak hormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa
BSMM menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan konflik yang semakin memuncak di kawasan berkenaan yang berpotensi mengancam keselamatan orang awam serta memburukkan lagi keadaan kemanusiaan bagi komuniti yang sudah berdepan pelbagai kesukaran. - Gamba

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik di beberapa kawasan di Asia Barat serta ketegangan antara Afghanistan dan Pakistan supaya menghormati Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA).

Dalam kenyataan hari ini, BSMM menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan konflik yang semakin memuncak di kawasan berkenaan yang berpotensi mengancam keselamatan orang awam serta memburukkan lagi keadaan kemanusiaan bagi komuniti yang sudah berdepan pelbagai kesukaran.

“Menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), peningkatan operasi ketenteraan di kawasan terjejas boleh memberi risiko besar kepada orang awam.

“Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat diingatkan agar mematuhi UUKA termasuk memastikan perlindungan kepada orang awam, petugas perubatan serta kemudahan perkhidmatan penting,” menurut kenyataan itu.

Di kawasan yang terkesan, pasukan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah terus menjalankan usaha bantuan kemanusiaan bagi membantu mereka yang memerlukan, tertakluk kepada akses yang dibenarkan.

Antara usaha dilaksanakan ialah menyediakan rawatan perubatan kecemasan, memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyokong komuniti yang terjejas.

Pada masa sama, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) turut bekerjasama rapat dengan Persatuan Kebangsaan di rantau berkenaan bagi menyelaras usaha bantuan serta memantau perkembangan keperluan kemanusiaan yang semakin mendesak.

Pengerusi Kebangsaan BSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam kenyataan sama berkata semua pihak perlu menghormati UUKA serta memberi laluan kepada pasukan kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kecemasan.

“Fikiran dan doa kami bersama semua yang terjejas akibat konflik ini. Kami menyeru semua pihak agar menghormati UUKA, melindungi orang awam serta memberi laluan kepada pasukan kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kecemasan yang amat diperlukan tanpa sebarang gangguan,” katanya.

BSMM turut menegaskan bahawa orang awam, petugas kemanusiaan, infrastruktur awam termasuk hospital dan kemudahan perubatan serta lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah perlu dihormati dan dilindungi pada setiap masa.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#BSMM
#UUKA
#ICRC
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan