awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr

Bernama
Bernama
05/04/2026
09:36 MYT
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Tedros (foto) beri amaran bahawa sebarang serangan ke atas kemudahan nuklear berpotensi mencetuskan kemalangan nuklear yang membawa kesan kesihatan jangka panjang serta ancaman terhadap generasi akan datang. -Gambar fail
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan fasiliti nuklear di Iran susulan laporan serangan ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel berhampiran Loji Kuasa Nuklear Bushehr.
Menerusi hantaran di platform X, Tedros memberi amaran bahawa sebarang serangan ke atas kemudahan nuklear berpotensi mencetuskan kemalangan nuklear yang membawa kesan kesihatan jangka panjang serta ancaman terhadap generasi akan datang.
I join the @iaeaorg in raising the alarm again over the safety of nuclear facilities in #Iran.The latest incident involving the Bushehr nuclear power plant is a stark reminder: a strike could trigger a nuclear accident, with health impacts that would devastate generations.… https://t.co/mvFRC23EpT
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) April 5, 2026
“Dengan setiap hari konflik ini semakin memuncak, pertaruhan serta ancaman menjadi kian tinggi.
"Kita mesti mengurangkan ketegangan sekarang. Keamanan adalah ubat terbaik,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan bahawa satu projektil telah jatuh berhampiran loji berkenaan, mengakibatkan seorang kakitangan maut selepas dihempap serpihan runtuhan.
Loji Bushehr merupakan satu-satunya loji kuasa nuklear yang beroperasi di Iran dan terletak di bandar Bushehr yang dihuni kira-kira 250,000 penduduk, selain menjadi antara kawasan industri dan ketenteraan penting negara itu.
Tedros turut menyokong amaran dikeluarkan IAEA dan menggesa semua pihak supaya segera menghentikan serangan bagi mengelakkan bencana radiasi yang tidak diingini.
Setakat ini, pihak berkuasa Iran dilaporkan sedang memantau tahap radiasi di sekitar loji bagi memastikan tiada kebocoran berlaku akibat letupan berdekatan.
Bagaimanapun, Washington dan Tel Aviv masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan serangan yang menyasarkan kawasan berhampiran zon nuklear berkenaan.
Topic Berkaitan
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Loji Nuklear Bushehr
#Iran
#IAEA
#Keselamatan Nuklear
#konflik Asia Barat
#risiko radiasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan