awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Zarif ditegur susulan rencana pandangan mengenai penamatan perang
Samsung tamatkan Samsung Mesej, pengguna beralih ke Google Messages
Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2026
06:33 MYT
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Tiada kelibat mangsa sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan menyebabkan laporan polis dibuat. -Foto Sinar Harian
Seorang wanita warga emas dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu di kediamannya di Kampung Berapit, Tikam Batu sebelum disedari jiran pada Sabtu.
Wanita berusia kira-kira 61 tahun itu dipercayai tinggal seorang diri serta tidak pernah berkahwin.
Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit serius.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kejadian itu mula menimbulkan tanda tanya apabila buah yang dihantar ke rumah mangsa beberapa hari lalu tidak terusik.
“Buah yang dihantar empat hari lalu masih ada dan tidak disentuh. Kami juga tidak nampak kelibat mangsa sejak beberapa hari kebelakangan ini,” katanya.
Menurutnya, situasi itu mencetuskan kebimbangan sebelum laporan polis dibuat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
“Kita percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira empat hingga lima hari lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan unsur jenayah.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tikam Batu
#kuala muda
#warga emas
#mati mengejut
#penemuan mayat
#Polis Kedah
#Kampung Berapit
#kejiranan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan