awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaian pontianak: 'Makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2018
00:10 MYT
Buaian pontianak: 'Makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk'
Rakaman video tular didakwa sosok pontianak di taman permainan kanak-kanak berkenaan. -Foto daripada YouTube Review ONZ
Kewujudan makhluk halus wajib dipercayai kerana ia jelas dalam al-Quran serta hadis-hadis.
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Noraishah Othman berkata, makhluk halus ini juga boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.
“Mereka (makhluk halus) boleh masuk ke dalam badan manusia melalui darah. Mengikut hadis Bukhari, mereka juga boleh menyerupai pelbagai bentuk kecuali rupa Rasulullah.
“Sebagai orang Islam, kita wajib percaya terhadap kewujudan makhluk ghaib kerana ia adalah bukti keimanan kita kepada Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tular video dipercayai pontianak berada di taman permainan kanak-kanak berdekatan kuarters perumahan di sekitar bandar raya ini.
YouTube Review ONZ
Noraishah berkata, manusia perlu memuhasabahkan serta memperbaiki diri sekiranya bertemu dengan makhluk halus berkenaan serta menganggap ia adalah salah satu bentuk ujian daripada ALLAH.
“Jika bertemu dengan makhluk halus kita perlu segera meminta pertolongan daripada ALLAH kerana ia juga sebagai ujian bagi menunjukkan keimanan kita.
“Kewujudan makhluk halus ini tidak dapat menandingi kekuasaan Allah. Allah sahaja yang maha berkuasa,” katanya.
Ditanya bagaimana sekiranya berdepan kemungkinan bertemu makhluk halus ini, beliau menasihatkan supaya tidak panik.
“Sebaliknya baca ayat Kursi, al-Fatihah dan surah tiga Qul. Kalau benar satu-satu kawasan itu telah terjumpa makhluk berkenaan, boleh buat bacaan surah Yasin secara beramai-ramai dan ayat al-Ruqyah. Jangan memohon pertolongan selain daripada Allah..
“Ini kerana syaitan dan jin sememangnya takut dengan bacaan ayat-ayat al-Quran,” katanya.
Ujarnya lagi, masyarakat Melayu selalu mengaitkan hantu dengan nama pontianak dan sebagainya.
“Bagaimanapun, sebagai orang Islam, kita tidak boleh terlalu taksub kerana dikhuatiri akan menjejaskan keimanan seseorang itu,” katanya.
Topic Berkaitan
#buaian
#kuarters perumahan
#Kursi
#makhluk halus
#menjelma dalam pelbagai bentuk
#Noraishah Othman
#Pontianak
#Rasulullah
#Ruqyah
#taman permainan
#yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan