awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bual bicara khas bersama Merdeka Kuartet di Astro AWANI Rabu ini

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2022
03:30 MYT
Bual bicara khas bersama Merdeka Kuartet di Astro AWANI Rabu ini
Empat Menteri Kabinet mewakili Merdeka Kuartet menjadi tetamu khas di Astro AWANI Rabu ini, jam 8.30 malam.
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022 tidak lama lagi, Astro AWANI akan mengetengahkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas menampilkan empat menteri Kabinet mewakili pelbagai kaum.
Keempat-empat mereka yang mewakili Merdeka Kuartet akan menjadi tetamu khas dalam rancangan Merdeka65 yang dijadual disiarkan pada Rabu, jam 8.30 malam.
Mereka ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2022, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan selaku Sekretariat Media dan Publisiti HKHM 2022, Datuk E. Sivabalan, perbincangan dijangka berkisar kepada semangat Keluarga Malaysia dan prinsip Rukun Negara.
"Fokus adalah mengenai pentingnya seluruh rakyat bersama berganding bahu meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi memastikan kebersamaan dalam semangat Keluarga Malaysia."
Beliau dalam pada itu menyeru agar seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama mendengar amanat menteri-menteri berkenaan pada Rabu selain hadir beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Empat menteri Kabinet
#isu perpaduan dan patriotisme
#Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
#Merdeka Kuartet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan