awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buat aduan jika majikan gagal bayar PSU, ERP

Bernama
Bernama
04/06/2020
13:52 MYT
Buat aduan jika majikan gagal bayar PSU, ERP
MOHAMMED AZMAN: Perkeso tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang menyalahgunakan bantuan kerajaan. - Gambar fail
Pekerja yang tidak menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada majikan boleh membuat aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab dan gagal menyalurkan bayaran tersebut kepada pekerja masing-masing.
"Perkeso tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang menyalahgunakan bantuan kerajaan kerana matlamat kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Prihatin yang sedang dilaksanakan adalah bertujuan meringankan beban majikan dan pekerja," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, aduan boleh dibuat melalui talian hotline atau hadir ke mana-mana pejabat Perkeso berdekatan.
Beliau berkata sehingga semalam (Rabu, 3 Jun), Perkeso menerima 307,171 permohonan PSU daripada majikan yang mewakili 2.49 juta pekerja.
"Daripada permohonan yang diterima, Perkeso meluluskan 288,544 permohonan dan selebihnya masih dalam tindakan, berada di peringkat kuiri atau ditolak kerana tidak memenuhi syarat program.
"Daripada jumlah tersebut, 283,986 majikan telah mendapat bayaran pertama PSU manakala 169,322 majikan telah mendapat bayaran kedua," katanya.
Pekerja boleh menyemak sama ada majikan mereka telah mendapat bayaran PSU melalui senarai di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Perkeso melalui e-mel [email protected] atau talian 1300 22 8000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ERP
#kerajaan
#keselamatan
#Mohammed Azman Aziz Mohammed
#perkeso
#Program Pengekalan Pekerjaan
#Program Subsidi Upah
#PSU
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan