awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya 700kg merayau di kampung berjaya ditangkap APM

Bernama
Bernama
21/09/2021
03:15 MYT
Buaya 700kg merayau di kampung berjaya ditangkap APM
Buaya seberat kira-kira 700 kilogram dan panjang 4.87 meter ditemukan orang awam pada pukul 7.30 malam. - Foto ihsan APM
PAPAR: Seekor buaya yang tular di media sosial selepas kemunculannya dirakam melalui video di tengah jalan di Kampung Nagapas di sini baru-baru ini, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah malam tadi.
APM Sabah menerusi kenyataan memberitahu buaya seberat kira-kira 700 kilogram dan panjang 4.87 meter ditemukan orang awam pada pukul 7.30 malam yang kemudian menghubungi Pusat Kawalan 999 APM Sabah untuk tindakan lanjut.
"Pengadu mengatakan buaya tersebut tular di media sosial beberapa hari lalu. Berikutan itu, APM Papar terus bergerak ke lokasi untuk menangkap buaya tersebut dengan bantuan orang kampung.
"Pihak APM seterusnya menyerahkan buaya tersebut kepada pihak Wildlife Rescue Unit (pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah) setelah selesai penangkapan pada pukul 9.05 malam," menurut kenyataan itu hari ini.
Rakaman video berdurasi 14 saat kemunculan buaya itu di tengah jalan di Kampung Nagapas dipercayai akibat hujan lebat dan banjir kilat, menimbulkan kerisauan penduduk di kawasan berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buaya
#APM
#Kampung Nagapas
#jabatan hidupan liar sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan