awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak ditemui lemas disyaki tersepit celah batu

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2022
22:30 MYT
Budak ditemui lemas disyaki tersepit celah batu
Keadaan lokasi kejadian di Kampung Pasir Puteh, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui lemas disyaki tersepit di celah batu ketika mandi sungai di Kampung Pasir Puteh, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang memaklumkan mengenai insiden itu pada jam 4.55 petang.
"Wanita berusia 34 tahun itu telah menerima pesakit seorang kanak-kanak perempuan yang telah dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang.
"Pengadu dimaklumkan oleh ibu bapa mangsa, anaknya tersepit di celah batu semasa mandi di sungai," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Suffian berkata, orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan, namun gagal.
"Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.
"Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, hasil bedah siasat telah dijalankan oleh pihak Hospital Kuala Kubu Bharu dan mendapati punca kematian adalah lemas (drowning).
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Suffian berkata, orang ramai perlu sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti riadah di pusat rekreasi terutama pada musim hujan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tersepit celah batu
#Kampung Pasir Puteh
#kanak-kanak perempuan lapan tahun lemas
#Suffian Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan