awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung

Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London

Astro AWANI
Astro AWANI
11/02/2026
11:56 MYT
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Polis turut menemui senjata pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan itu. -Gambar hiasan
Seorang budak lelaki berusia 13 tahun ditahan polis atas dakwaan cuba membunuh dua murid, masing‑masing berusia 12 dan 13 tahun, di Kingsbury High School, Brent, London, pada Selasa.
Kedua‑dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat ditikam dan sedang menerima rawatan segera di hospital.
Insiden berlaku sekitar 12.40 tengah hari, apabila suspek dipercayai memanjat dinding sekolah untuk memasuki kawasan bangunan sebelum melancarkan serangan.
Menurut laporan, salah seorang mangsa sempat membunyikan penggera kebakaran bagi memberi amaran kepada guru.
Polis turut menemui senjata pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.
Siasatan kini dikendalikan Unit Counter Terrorism Policing London, namun polis menegaskan kejadian itu buat masa ini tidak diklasifikasikan sebagai serangan berkaitan keganasan.
Tiada suspek lain diburu, dan motif serangan masih dalam siasatan.
Saksi berkata kejadian mencetuskan panik dalam kalangan murid, dengan ada antara mereka dilihat menangis dan mengetuk tingkap meminta bantuan.
Ramai ibu bapa hanya mengetahui perkembangan sebenar selepas sekolah menahan pelajar selama beberapa jam untuk membantu siasatan.
Pihak sekolah menyifatkan insiden itu amat mengejutkan dan menutup kawasan sekolah bagi tujuan keselamatan.
Topic Berkaitan
#Kingsbury High School
#Brent London
#tikam murid
#cubaan membunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.